Friday, December 25, 2015


Terdapat pelbagai kemudahan di Pura Kencana yang dapat menarik orang ramai untuk membeli rumah di kawasan taman ini. Kemudahan ini disediakan berdekatan dengan rumah-rumah yang dibina. Hanya 5 minit sahaja anda boleh sampai ke kemudahan tersebut. Antara kemudahan yang terdapat di taman ini adalah seperti Hotel, Klinik, Kedai makan, Kedai kek dan lain-lain lagi. Apa tunggu lagi? Jangan lepaskan peluang anda untuk memiliki rumah disini!


Hotel yang terdapat di Pura Kencana ini boleh dinikmati dengan harga yang berpatutan dan mampu memberi keselesaan kepada orang ramai . Bagi yang menetap jauh dari Pura Kencana, Batu Pahat ini bolehlah datang beramai-ramai untuk melihat keistimewaan rumah-rumah yang dibina dan bermalam di antara hotel-hotel tersebut kerana harganya yang berpatutan.




Disini juga, terdapat kedai makan yang menjualkan makanan yang lazat dan sangat popular di Batu Pahat. Harga juga sangat berpatutan! Keistimewaannya ialah kedai-kedai makan ini berhadapan dengan rumah-rumah di Pura Kencana. Hanya 5 minit, anda boleh dapat menikmati makanan yang digemari orang Batu Pahat. Anda ingin tahu apakah rasanya? Dapatkan rumah disini dan singgahi kedai-kedai ini. Pasti puas hati!

KEDAI NASI LEMAK CIK CHOM - sangat popular di Batu Pahat. Nasi lemaknya yang sangat sedap serta terdapat berbagai jenis lauk untuk menjadi santapan anda! Nasi lemak sotong king, nasi lemak siakap. nasi lemak ayam, nasi lemak burung puyuh, nasi lemak bujang(telur) yang mungkin tak dapat dirasai di tempat lain.  Wah, unik kan? Datanglah ke Pura Kencana ini! Jangan ditangguh lagi.



NASI KANDAR KMS - kedai nasi kandar yang pastinya sukar didapati di Batu Pahat, tetapi di Pura Kencana ini, terdapat pula kedai Nasi Kandar KMS yang juga diburui orang ramai. Bagi sesiapa yang meminati nasi kandar, jemput datang ke Pura Kencana untuk merasainya. Anda tidak akan rugi kerana harga rumah yang berpatutan serta terdapat kemudahan yang sangat berdekatan. Siapa yang tak nak keistimewaan itu? Menetaplah di rumah Taman Pura Kencana ini sebelum terlambat!

No comments:

Post a Comment