Friday, December 25, 2015


Terdapat pelbagai kemudahan di Pura Kencana yang dapat menarik orang ramai untuk membeli rumah di kawasan taman ini. Kemudahan ini disediakan berdekatan dengan rumah-rumah yang dibina. Hanya 5 minit sahaja anda boleh sampai ke kemudahan tersebut. Antara kemudahan yang terdapat di taman ini adalah seperti Hotel, Klinik, Kedai makan, Kedai kek dan lain-lain lagi. Apa tunggu lagi? Jangan lepaskan peluang anda untuk memiliki rumah disini!


Hotel yang terdapat di Pura Kencana ini boleh dinikmati dengan harga yang berpatutan dan mampu memberi keselesaan kepada orang ramai . Bagi yang menetap jauh dari Pura Kencana, Batu Pahat ini bolehlah datang beramai-ramai untuk melihat keistimewaan rumah-rumah yang dibina dan bermalam di antara hotel-hotel tersebut kerana harganya yang berpatutan.




Disini juga, terdapat kedai makan yang menjualkan makanan yang lazat dan sangat popular di Batu Pahat. Harga juga sangat berpatutan! Keistimewaannya ialah kedai-kedai makan ini berhadapan dengan rumah-rumah di Pura Kencana. Hanya 5 minit, anda boleh dapat menikmati makanan yang digemari orang Batu Pahat. Anda ingin tahu apakah rasanya? Dapatkan rumah disini dan singgahi kedai-kedai ini. Pasti puas hati!

KEDAI NASI LEMAK CIK CHOM - sangat popular di Batu Pahat. Nasi lemaknya yang sangat sedap serta terdapat berbagai jenis lauk untuk menjadi santapan anda! Nasi lemak sotong king, nasi lemak siakap. nasi lemak ayam, nasi lemak burung puyuh, nasi lemak bujang(telur) yang mungkin tak dapat dirasai di tempat lain.  Wah, unik kan? Datanglah ke Pura Kencana ini! Jangan ditangguh lagi.



NASI KANDAR KMS - kedai nasi kandar yang pastinya sukar didapati di Batu Pahat, tetapi di Pura Kencana ini, terdapat pula kedai Nasi Kandar KMS yang juga diburui orang ramai. Bagi sesiapa yang meminati nasi kandar, jemput datang ke Pura Kencana untuk merasainya. Anda tidak akan rugi kerana harga rumah yang berpatutan serta terdapat kemudahan yang sangat berdekatan. Siapa yang tak nak keistimewaan itu? Menetaplah di rumah Taman Pura Kencana ini sebelum terlambat!

Tuesday, December 15, 2015

Hai ! Selamat datang kepada sebuah blog yang akan menceritakan serba sedikit tentang harta tanah di kawasan Pura Kencana Batu Pahat, Johor Darul Takzim.


Tujuan kami adalah untuk memasarkan taman perumahan yang baru dibina iaitu 'Pura Kencana'.'Pura Kencana Sri Gading adalah satu projek harta tanah terbaru yang terletak berhampiran bandar Batu Pahat,Johor. Projek ini boleh di capai dengan mudah dari lebuh raya yang paling komprehensif di malaysia iaitu Lebuhraya Utara-Selatan. Selain itu, ia juga berhampiran dengan kemudahan seperti pasaraya besar,pusat membeli belah dan institusi pengajian tinggi (Universiti Tun Hussein Onn Malaysia) . Kami percaya bahawa kawasan metropolitan ini dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik dan berkualiti untuk memenuhi keperluan dan kehendak pembeli mengikut pasaran semasa.

Keistimewaan Pura Kencana SDN BHD:


  1. Mengutamakan kualiti rumah
  2. Menilaikan anggaran harga rumah pada tahun-tahun akan datang
  3. Sentiasa memberikan yang terbaik dalam memilih kawasan yang strategik dan mempunyai kemudahan 
  4. Mempunyai hubungan yang baik dengan pengusaha-pengusaha yang berpengalaman dalam semua aspek yang diperlukan. 



 PELAN LOKASI TAMAN PURA KENCANA










Antara jenis harta tanah yang terdapat di Pura Kencana :




Jenis rumah : Rumah Teres Dua Tingkat

Harga :
  • RM 385,000(bumiputera)
  • RM 480,000(bukan bumiputera)






Jenis rumah : Rumah Teres Satu Tingkat

Harga :
  • RM 312,800(bumiputera)
  • RM 368,000(bukan bumiputera)